Wednesday 11 January 2017

Filled Under:

Sampai Bila Saya Nak Sabar, Kalau Hari-Hari Perempuan Itu Whatsapp Suami Saya..!!





Assalamualaikum.. saya nak minta semua doakan kebahagiaan dalam rumahtangga saya. Bertahun hidup dengan gangguan seorang perempuan ni yang tak habis-habis cari suami saya. Memang saya akui, suami juga bersalah apabila awalnya melayan dia tapi sekarang dia betul2 nak berubah.    


Saya kenal dia . Saya yang tak izinkan dia block nombor perempuan tu sebab saya nak tengok sejauh mana perampuan tu nak menganggu hidup kami. Bila call, whatsapp, telegram dan sms tak di layan dek suami, sekarang dia gunakan pula nombor kawan-kawannya yang lain. 


Bukan saya nak viralkan cerita ni, mohon rakan KRT ramai-ramai doakan supaya dia berhenti jadi parasit dalam rumahtangga saya boleh tak?? Nombor saya semua dia dah block, so tak dapat dah saya nak maki hamun dia.


Masalahnya suami saya memang tak nak kawin, depan saya dan perempuan itu sendiri dia cakap yang dia tak akan khawin lain. Malah katanya kalau pun dia bercerai dengan saya, dia tak akan berkahwin dengan perempuan. 




Rumahtangga saya betul-betul huru hara gara-gara perempuan ni. Kami pernah bercerai tapi rujuk kembali. Satu-satunya sebab kenapa suami saya terpaksa melayan dia ialah kerana perempuan tu akan menganggu dia tak kira di office malah pernah datang ke rumah saya beberapa kali. 

Saya tak boleh nak biarkan hal ni berterusan walaupun tau apa sebab suami masih bersama dia. Isteri mana yang sanggup kan?




0 comments:

Post a Comment